Sunday, March 25, 2012

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH




Manusia tetap manusia, dari dahulu hingga sekarang. Kejadiannya tidak berubah.Tujuan hidup mereka tidak berubah.Keperluan asas di sepanjang sejarah yang dilaluioleh manusia juga tidak berubah. Apa yang bertambah adalah bilangan mereka.Daripada Nabi Adam a.s. dengan Hawa a.s., anak-pinak dan cucu-cicit mereka telahbertambah begitu ramai hingga melewati angka 4 billion orang.Pada zaman Nabi Adam a.s., meskipun bilangan anak-anaknya ketika itu tidak ramaisedangkan bumi tempat mereka tinggal itu luas, rezeki melimpah-ruah, namun anak-anak baginda sudah pun berhadapan dengan masalah. Pertelingkahan berlaku diantara Habil dan Qabil yang berpunca daripada masalah siapakah yang berhakmengahwini Aqlaima. Masalah itu memuncak sehingga berakhir dengan Qabilmembunuh Habil.




Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam proses pertolongan. Penyelesaian masalah melibatkan:
– beberapa tahap
– penggunaan kemahiran tertentu


Masalah:
–Merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005)


Penyelesaian masalah:
–Usaha individu utk menyelesaikan atau menamatkan masalah yang sedang dihadapinya


Masalah merupakan satu adegan yang amat merumitkan bagi semua kalangan tidak kiralah kalangan muda mahupun tua.. Masalah yang datang hanya dapat diselesaikan dengan memberikan penyataan masalah dan cara untuk kita selesaikannya dengan kecerdasan dan kewarasan akal.. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara logik , ada yang memerlukan penyelesaian secara agama. Antara kategorri bagi masalah adalah seperti berikut :-

i) Misteri
ii) Puzzle
iii) Dilema
iv) Peluang




SIFAT PENYELESAIAN MASALAH


Sekurang-kurangnya ada 4 ciri penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan oleh Francis, 1990 :-

i) Motivasi yang kuat
- Penyelesai masalah yang berkemampuan penuh dengan kekuatan dan tidak dilemahkan dengan masalah dan kesukaran. Kemenangan adalah idaman mereka. Ia melihat masalah yang ada dalam kehidupan harian sebagai sementara sahaja.


ii) Trait yang positif
- Sifat-sifat peribadi seseorang penyelesai masalah membolehkannya mencapai kejayaan. Trait psikologi yan gobjektif dan komitmen adalah penting. Tetapi trait yang tidak kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain. Penyelesai masalah mestilah cerdik dan pintar.
- Trait psikologi yang terakhir yang perlu ada pada penyelesai masalah ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



iii) Jati diri
- Penyelesai masalah melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan tetapi sedar tentang kekurangan dan batasan yang akan dihadapi. Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tiggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul.Mempunyai keupayaan psikologi ini adalah penting. Untuk menyelesaikan masalah seseorang itu berada dalam keadaan yang tidak menentu atau ketidakpastian.



iv) Membina kemahiran
- Kemahiran penyelesaian masalah boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Ada beberapa model penyelesaian masalah yang dikemukakan;



Contoh model penyelesaian masalah 6 langkah (Chang dan Kelly, 1993) :-

i) Kenal pasti masalah
ii) Analisa punca masalah
iii) Kenal pasti cara penyelesaian
iv) Pilih penyelesaian yang terbaik
v) Bentuk plan tindakan
vi) Pelaksanaan dan Penilaian


Contoh model penyelesaian masalah 8 langkah (Francis, 1990);

i) Tuning in
ii) Objective setting
iii) Success measurement
iv) Information collection
v) Decision-making
vi) Planning
vii) Action
viii) Review to improve



Francis, 1990 menyatakan terdapat 6 jenis masalah iaitu :-

- Misteri : Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Kita tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab tentang berlakunya sesuatu peristiwa. Sebagai contoh letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang mengorbankan kesemua angkasawannya adalah satu misteri.


- Tugasan (Assignment) : Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan. Tugasan merupakan kontrak di antara ketua (atau klien) dan orang yang akan menjalankan kerja tersebut. Seorang konsultan mendapat tugasan apabila menerima sesuatu projek.Di dalam tiap-tiap contoh tersebut kontrak adalah jelas, mudah difaham, boleh dicapai dan ada persetujuan di antara majikan dan klien.




- Kesukaran (Difficulties) : Kesukaran berlaku kerana dua sebab: sama ada kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran pula dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

i) Kesukaran Subjektif :sifat-sifat negatif atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri. Contohnya, seorang pemain tenis Wimbeldon tahu apa yang hendak dicapainya iaitu kemenangan tetapi oleh sebab-sebab tertentu ia tidak dapat mencapai apa yang diinginkan.
ii) Kesukaran Objektif :Perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran, ilmu pengetahuan dan motivasi. Contohnya, Kerajaan Negeri China hendak mendirikan rig telaga minyak di barat China. Projek ini akan menghadapi berbagai-bagai masalah seperti tidak ada jalan raya, keadaan suhu yang ekstrim, kekurangan bekalan air, kekurangan buruh terlatih dan lain-lain.

- Peluang (Opportunities): Peluang tidaklah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Apabila melihat peluang kita hendaklah ambil kesempatan untuk megeksploitnya supaya mendatangkan keuntugan. Contohnya, di dalam industri fotostat syarikat Xerox Corporation merupakan syarikat gergasi di dalam bidang tersebut dan mereka memonopoli teknologi ini.

- Tidak pasti (Puzzles) : Di dalam beberapa situasi kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tahu mana jawapan yang betul. Sebagai contoh, tenggelamnya kapal Titanic di Lautan Atlantik sejak beberapa tahun yang lalu. Tidak seorang pun dapat menunjukkan tempat yang sebenarnya kapal itu tenggelam.


- Dilema : situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Perkara yang penting dalam dilema ialah terdapat 2 opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua opsyen itu kelihatan betul dan tepat. Dilema memerlukan penyelesaian kemanusiaan bukannya diselesaikan dgn komputer. Sebagai contoh, seorang pemuda yang bernama Hamid mempunya dua orang kekasih yang sama cantik bernama Fatimah dan Hashimah. Hamid menghadapi dilemma untuk memilih salah seorang menjadi teman hidupnya.

“Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik..” (Surah a-Baqarah: ayat 26)

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (Surah al-Hajj: ayat 73)

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK


Langkah (1) Mendefinisikan Masalah : Untuk mendefinisikan sesuatu masalah, kita hendaklah bertanya "Apakah aspek, kesan yang timbul dan perlukah diubah?"
Mendefinisikan masalah dengan betul adalah penting, kerana kalau tidak penyelesaian yang diusahakan mungkin tidak membawa kesan seperti yang diingini.

Langkah (2)Mengkelaskan Masalah : Kita mestilah tahu akan tinggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap masalah. Selesaikan dahulu masalah yang tinggi risikonya. Bahagikan juga masalah mengikut kategori seperti misteri, 'assignment', kesukaran, peluang, 'puzzle', dan dilema.

Langkah (3) Tentukan Objektif : Objektif yang hendak dicapai mestilah jelas, difahami dan praktikal. Sebagai contoh, untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Alor Setar pada hari minggu pihak polis trafik dikehendaki memastikan tidak ada pemandu langgar peraturan lalu lintas dengna meletakkan kenderaan yang boleh menghalang pergerakan lalu lintas.

Langkah (4) Tentukan Ukuran Kejayaan : Kriteria kejayaan perlu ditentukan dahulu tugas sebelum penyelesaian masalah dimulakan. Kebanyakan pengurus akan menetapkan kriteria kejayaan kpd stafnya di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, kelab pelangsing badan menetapkan kriteria kejayaan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 pound seminggu.

Langkah (5) Kutipan Dana : Proses pengumpulan data/maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan memerlukan penyelesaian secara logikal. Pertamanya, kita perlu kenalpasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatya. Keduanya, kita perlu mengenal pasti prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir. Ketiganya, kita perlulah kenalpasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat. Keempat, menstrukturkan maklumat supaya senang difahami. Kelima, membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang terkumput.

Langkah (6) Membuat Keputusan : Membuat keputusan untuk memilih opsyen yang tepat. Di dalam proses membuat keputusan perkara-perkara lain yang perlu diambil kira ialah seperti kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih.

Langkah (7) Melaksanakan Keputusan Yang Diambil : Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa melaksankan keputusan spt keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

- Penilaian : Perlu dikenal pasti langkah-langkah yang manakah dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya. "Adakah kita berjaya di dalam melaksann penyelesaian masalah yang dipilih. Kajian yang dibuat menunjukkan cara menyelesaikan masalah menggunakan kaedah berfikir logikal sesuai untuk kerja-kerja senggaraan.

PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK


- Mengadakan hipotesis : Contohnya, anda ingin mengesahkan sama ada betul atau tidak bahawa Charles Darwin sendiri berasal daripada spesis monyet. Semua ini merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.

- Mengumpul maklumat : Situasi ini merupakan bahagian yang membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintifik setiap hipotesis akan dianggap benar sahaja tanpa perlu mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya.

- Membuat kesimpulan : Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi barulah sampai kepada membuat kesimpulan atau keputusan. Satu jenis falasi atau kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa di mana dengan hanya satu (yang kadang2 sangat lemah sekali), terus dibuat kesimpulan tertentu.

PENYELESAIAN SECARA KREATIF/LATERAL

6 TOPI BERFIKIR YANG HARUS DIPAKAI SATU LEPAS SATU SECARA BERASINGAN OLEH SESEORANG ATAU SECARA BERKUMPULAN, IAITU SEPERTI BERIKUT... :-

i) TOPI HIJAU : Sebagai lambang pemikiran kreatif dan subur dengan berbagai-bagai idea, topi ini perlu dipakai pada peringkat permulaannya untuk mencari idea-idea alternatif.

ii) TOPI KUNING : Sebagai lambang pemikiran positif dan konstruktif, topi ini perlu dipakai untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea, terutamanya yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.

iii) TOPI PUTIH : Sebagai lambang pemikiran objektif, topi ini dipakai untuk mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

iv) TOPI HITAM : Sebagai lambang pemikiran negatif dan kritikal, topi ini dipakai dengan tujuan mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

v) TOPI MERAH : Sebagai lambang pemikiran emotif, topi ini dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka atau tidak suka kepada idea tertentu.

vi) TOPI BIRU : Sebagai lambang langit di atas, topi ini dipakai oleh ketua untuk mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.

6 KASUT BERTINDAK SEPERTI YANG DIBUKUKAN OLEH EDWARD DE BONO "SIX ACTION SHOES"


i) Kasut formal biru laut (Navy formal shoes), iaitu tindakan secara formal, biasa, mudah dan ringkas seperti kerja-kerja rutin.
ii) Kasut kelabu (Grey sneakers), iaitu tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
iii) Kasut perang (Brown brogues), iaitu tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksiberl dan berkesan.
iv) Boot Oren ( Orange gumboots), iaitu tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani.
v) Selipar merah jambu (Pink slippers), iaitu tindakan secara prihatin, perikamanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra, dan ikhlas.
vi) Kasut tunggangan ungu (Purple riding shoes), iaitu tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.

PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN....


:) Kaedah pengurusan emosi ini sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang digunakan oleh Peter Salovey dari Universiti Harvard pada tahun 1990.

:) Konsep kecerdasan emosi (EQ) ini tidaklah menekankan kepintaran/pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi tertentu.

:) Bagi Salovey, kecerdasan emosi mengandungi 5 domain utama :-
- Kebolehan mengetahui emosi sendiri.
- Kebolehan dalam pengurusan emosi
- Kebolehan meningkatkan motivasi
- Kebolehan mengenal emosi orang lain.
- Kebolehan menjalin persaudaraan.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM....




Pada hakikatnya penyelesaian masalah secara Islam (al-Halli al-Illami) mempunyai dua corak yang popular, iaitu pendekatan hokum dan pendekatan sufi. Walaupun kedua-dua pendekatan ini kelihatan terpisah dan berdiri sendiri, namun ia sebenarnya saling melengkapi, kerana bertitik tolak dengan ajaran islam secara keseluruhannya...

PENDEKATAN HUKUM....

:) Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Sebagai hukum yang sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan al-Hadith, semuanya wajib dipatuhi dan ditaati sepenuhnya pada setiap masa dan tempat kecuali kerana sebab-sebab berikut :-

i) Darurat
ii) Penyakit
iii) Gila
iv) Pengsan
v) Usia tua
vi) Cacat mental

:) Hasil daripada kegiatan ijtihad oleh tokoh-tokoh Imam Mujtahid maka berkembanglah pemikiran Islam dalam bidang hukum, yang meliputi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, dan juga khilafah atau pemerintahan.






:) Pada umumnya ciri-ciri (khasais) syariat Islam adalah seperti berikut :

i) Rabbani (Ketuhanan)
ii) Alamiah (universal)
iii) Syumul (menyeluruh)
iv) Wasatiah(seimbang)

Selain rajin berusaha & produktif, orang bertaqwa akan dapat menyelesaikan masalah dalam hidup&rezekinya dijamin oleh Allah SWT. Firman Allah : "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup & akan memberi rezeki dari mana sumbernya yang tidak disangka-sangka" - Surah At-Talaq, 65: ayat 2-3


PENDEKATAN SUFI....


:) Penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi memerlukan kefahaman tentang tiga perkara pokok, iaitu :-
- hakikat masalah
- sebab masalah
- kaedah penyelesaian

:) Manakala kaedah penyelesaian masalah menurut pendekatan sufi berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan dua dimensi :
- Dimensi horizontal: Proses tazkiyyat al-nafs atau pembersihan diri melalui dua aspek iaitu Pembersihan diri (takhalli) dari sifat-sifat buruk (mazmumah) dan menghias diri (tahaffi) dengan sifat-sifat baik (mahmudah)
- Dimensi vertikal


"Jika penduduk sesebuah negeri beriman & bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit & bumi"
(Surah Al-'Araf, 7 : ayat 96)




No comments:

Post a Comment