Nama sebenar ‘Bapa Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi,
seorang doktor bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu
cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar
Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan
terunggul serta lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia
adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains;
telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.
Jaber Bin Hayan dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan
asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata
para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”.
Ahli falsafah Inggeris
Francis Bacon pula pernah
berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi
pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa
dalam bidang kimia .
Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula
mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam
perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin
Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang
diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.
Sebelum ilmu kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia
dianggap sebagai suatu yang penuh dongengan dan sangkaan semata-mata di
kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar kimia Islam mengesahkan bahawa
segala jenis logam berasal daripada suatu unsur dan tdak ada perbezaan
di antara satu sama lain, kecuali jika unsur tersebut dicampuradukkan.
Apabila unsur tersebut dianalisis dan disebatikan dengan unsur yang
lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru seperti emas dan perak.
Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan beberapa pendapat,ke arah mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri.Kejayaan yang dicapai oleh orang Islam hingga mereka sampai kepada hakikat ilmiah itu tidak bermakna mereka terhutang sesuatu pada Ilmu Yunani,yang mana orang-orang Yunani pada ketika itu belum mengetahui dan mengenali sebahagian besar ilmu mengenai logam yang telah dikuasai oleh orang Islam pada masa itu.Dalam pada itu ramai juga orang Islam yang telah berjaya menganalisis sebahagian besar logam secara kimia dan mereka juga berjaya membezakan asid dan juga alkali. Hal ini dianggap oleh ulama moden sebagai orang yang pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya sebagai suatu cabang daripada ilmu sains.
Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.

Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang
terkandung dalam bukunya sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui
uji kaji makmal seperti mana ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini.
Jabir juga menjalankan uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia
dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya
menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja uji kajinya.Lebih
membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian mengenai racun dan
penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan racun
kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan
racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan
yang tidak pernah kenal erti jemu.
Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah
diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau
diiktiraf dan beliau juga menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.Di
antara buku beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-Aflan dan Nihayatul al-Itqan.Daripada
buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari dan mengkategorikan
logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan. Selain Jabir
terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur iaitu
belerang merah dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan penyakit.
Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada
orang-orang Eropah dalam lapangan kimia dan mereka juga tidak akan
dapat mempelajari dan memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia
ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang membuktikan orang Arab adalah lebih
terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang kimia.Hal ini dapat dilihat
melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab.Ia
di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris sebagai chemistry begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkaetaan al-ambiek menjadi alembic.
Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan
di sektor perindustrian dan juga di universiti-universiti untuk
menjalankan penyelidikan.Pada hari ini ia dikenali sebagai kimia
industri dan di UPM sendiri ada menawarkan kursus BS(K) Kimia
Industri,Kimia Petroleum dan Major Kimia begitu juga di
universiti-universiti tempatan yang lain.
Saya ingin memetik kata-kata seorang sarjana Nusantara Almarhum Prof Dr. HAMKA pernah mengingatkan kita didalam bukunya Falsafah Hidup katanya “1000
orang bodoh jika meninggal dunia tiada siapa yang tahu tetapi jika
seorang ilmuan meninggal dunia pasti ramai yang mengetahuinya“,
bila melihat bagaimana para ulama’ dan salfussoleh menuntut ilmu rasa
kagum dengan mereka kerana tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi
contohnya seperti Imam Al-Ghazali sendiri mengambil masa yang lama untuk
mengarang kitabnya yang mahsyur Ihya’ Ulumuddin.

No comments:
Post a Comment